suria

Gara-gara lari bersama kekasih, gadis maut dipenggal ayah kandung

Romina maut dipenggal bapanya menggunakan sabit ketika sedang tidur.

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun maut dipenggal bapa kandung sendiri ketika sedang tidur.

Perbuatan itu dilakukan selepas bapanya berang dengan tindakan Romina Ashrafi yang cuba melarikan diri bersama seorang lelaki berusia yang juga kekasihnya.

Romina dan kekasihnya yang berusia 35 tahun itu berjaya ditahan polis selepas keluarganya membuat laporan mengenai perkara itu di sebuah balai polis.

Sekembalinya ke rumah, gadis dari Talesh, Iran itu dipenggal bapanya menggunakan sebilah sabit ketika sedang tidur.

Selepas insiden itu, suspek akhirnya menyerah diri kepada polis bersama dengan sabit berlumuran darah yang digunakan untuk membunuh anaknya.

Gabenor wilayah itu, Kazem Razmi berkata siasatan masih lagi dijalankan dan suspek masih lagi direman.

Jelasnya, maklumat berkaitan kes itu hanya akan didedahkan kepada umum selepas proses undang-undang.

Tindakan kejam suspek berkenaan turut menimbulkan kemarahan rakyat di negara itu.

Rata-rata mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ayah kandung Romina. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

maut, penggal, lari, kekasih

Artikel Lain