suria

Covid-19: UK keluarkan garis panduan, larang hubungan intim dengan pasangan dari kediaman berbeza

UK melarang hubungan intim bagi pasangan yang datang dari kediaman berbeza bagi mengelakkan risiko penularan Covid-19. Foto: EPA

UNITED Kingdom mengeluarkan garis panduan bagi menangani penularan pandemik Covid-19, di mana ia menyatakan adalah dilarang untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan yang datang dari kediaman berlainan.

Dilaporkan, kerajaan membentangkan peraturan baharu tersebut pada Isnin (semalam).

Peraturan baru itu berbunyi: 'Tidak ada orang yang boleh menyertai perhimpunan yang berlangsung di tempat awam atau di lokasi persendirian, dan terdiri daripada dua orang atau lebih.'

Mereka yang didapati masuk ke dalam rumah orang lain didakwa melanggar peraturan garis panduan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan hanya mengeluarkan arahan agar rakyat kekal di dalam rumah dan elakkan semua perjalanan kecuali jika melibatkan urusan penting.

Namun kini hanya mereka yang mempunyai 'alasan yang munasabah' sahaja dibenarkan untuk bertemu di dalam lokasi persendirian - namun bukan bertujuan untuk melakukan hubungan intim.

Ketika perintah berkurung dikuatkuasa akhir Mac lalu, kerajaan menggalakkan pasangan untuk tinggal bersama atau kekal terpisah, demi mengurangkan risiko penyebaran virus. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

UK, hubungan intim

Artikel Lain