SEORANG wanita dikecam ramai selepas satu video TikTok miliknya tular.
Menerusi video itu, dia sedang menari sebelum mencurahkan air susu ke atas kepala anaknya.
Akibat perbuatan itu, tubuh kanak-kanak berkenaan dipenuhi dengan susu dan menangis kebingungan.
Keadaan bertambah buruk apabila video dari aplikasi itu turut dikongsi semula secara meluas di laman Twitter.
Rata-rata pelayar Twitter mengecam tindakan wanita itu yang mana ia disifatkan tidak beretika dan biadab.
"Sedih lihat anak dilayan sebegini. Di mana nilai mereka?
'"Jijik. Kasihan kanak-kanak itu. Kamu patut dilaporkan kepada pihak berkuasa," tulis beberapa netizen.
Namun, ada juga yang mempertahankan tindakan itu memandangkan ia sekadar gurauan dan hanya menggunakan susu sahaja. - The Sun.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!