suria

Gagal capai sasaran jualan, pekerja wanita dihukum telan cacing hidup-hidup

Pekerja dihukum menelan ulat tersebut hidup-hidup selepas gagal mencapai sasaran jualan.

SEORANG kakitangan syarikat dekorasi dipaksa majikannya menelan seekor cacing hidup-hidup selepas gagal mencapai sasaran jualan.

Video sesi hukuman itu menunjukkan kakitangan tersebut memegang seekor cacing yang diletakkan pada sehelai tisu di telapak tangannya.

Salah seorang rakannya kemudian dilihat meletakkan sesuatu di mulutnya sebelum dia meneguk air untuk menelan cacing tersebut.

Seorang lelaki didengar berkata:”Ia akan meletup di dalam mulut anda jika kamu menggigitnya.”

"Hanya telan semua sekali termasuk tisu tersebut," kata lelaki itu.

Rakaman itu dipercayai dirakam di sebuah pejabat dekorasi di China pada 25 Mei lalu.

Pemberi maklumat yang melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa tempatan berkata beberapa pilihan hukuman termasuk membayar wang tunai 500RMB, membersihkan tandas selama 15 minit atau membelanja satu syarikat sarapan pagi.

Kebiasaannya kakitangan dihukum makan telur mentah tetapi tindakan disiplin meningkat bulan lalu.

Pihak berkuasa daerah Qixingguan mengesahkan mereka sedang menyiasat insiden itu tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain