SEORANG wanita yang terlepas detik kematian suaminya terkejut melihat mesej terakhir di telefon bimbitnya. Katie Coelho, 33, berjalan menuju ke wad unit rawatan rapi (ICU) tujuh minit selepas suaminya, Jonathan, 32, disahkan meninggal dunia akibat Covid-19. Wanita itu kecewa kerana tidak dapat bersama suaminya di saat terakhirnya. Malah Katie tidak dapat menahan sebak apabila membaca mesej sepanjang 170 perkataan yang ditulis suaminya sebelum dia menutup mata. "Saya membuka telefon bimbitnya untuk mendapatkan beberapa gambar tetapi saya terkejut apabila terlihat nota ditulisnya. "Ia mengandungi maklumat peribadi mengenai siapa yang perlu dihubungi untuk kerjanya, kata laluan dan beritahu saya bahawa kami ada simpanan. "Saya sayang kamu semua sepenuh hati saya... dan saya meraung," kata Katie. Jonathan mengalami simptom hilang deria rasa dan migrain sebelum disahkan positif Covid-19. Selepas mengalami masalah sesak nafas, dia dimasukkan ke hospital pada 26 Mac lalu dan menerima bantuan pernafasan lima hari kemudian. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!