suria

WHO beri amaran gelombang kedua Covid-19 di UK

Orang ramai dilihat berkunjung ke sebuah pantai di Bournemouth.

GELOMBANG kedua wabak Covid-19 akan melanda United Kingdom (UK) pada musim luruh, dakwa seorang doktor terkenal dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Han Kluge berkata gelombang kedua itu dijangka berlaku awal September depan.

Setakat ini, pandemik itu telah meragut lebih 38,000 nyawa di negara itu.

“Saya amat bimbang dengan gelombak kedua Covid-19 pada musim luruh akan datang.

“Pada masa sama kita juga bakal berdepan wabak selesema dan juga demam campak, ” katanya.

Sementara itu, Dr Katrina Herren memberitahu The Sun Online bahawa pandemik itu akan mengambil masa lama untuk hilang.

“Terdapat beberapa sebab gelombang kedua akan berlaku. Covid-19 akhirnya akan mengikut corak bermusim seperti selesema dan influenza.

“Menjelang musim luruh, orang ramai mungkin mengalami keletihan dengan langkah-langkah seperti pengasingan diri dan penjarakkan sosial.

“Jadi dengan orang ramai menghabiskan lebih banyak masa di rumah di mana jangkitan lebih tinggi, risiko gelombang kedua secara semula jadi akan meningkat, ” katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, gelombang kedua, UK, musim luruh

Artikel Lain