TIMBUNAN mayat diletakkan di dalam sebuah trak di luar rumah pengebumian di New York ketika negara itu bergelut menangani pandemik Covid-19. Beberapa keping gambar keranda dan mayat bertimbunan antara satu sama lain dipercayai dirakam kakitangan pengebumian di Flatbush, Brooklyn. Brooklyn mencatatkan rekod kematian tertinggi akibat wabak itu di Amerika Syarikat. "Mereka tidak fikir koronavirus benar-benar berlaku. Lihat mayat-mayat ini. Ini adalah pandemik sebenar," kata bekas kakitangan rumah pengebumian tersebut. Sumber itu yang enggan namanya didedahkan berkata dia bekerja di rumah pengebumian itu selama tiga hari pada hujung April lalu dengan anggaran 400 mayat yang perlu diuruskan. "Mayat ada di kiri dan kanan. Dalam tempoh tiga hari itu, kami menguruskan sekitar 400 mayat," katanya. Dakwanya lagi, mayat dibiarkan bertimbun antara satu sama lain dengan tiada tag nama pada setiap mayat. Malah kakitangan juga tidak dibekalkan dengan pakaian perlindungan diri (PPE) semasa menguruskan mayat tersebut. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!