suria

Budak 7 tahun meninggal dunia selepas koma, bengkak otak akibat jangkitan Covid-19

Aurea meninggal dunia pada Isnin lalu.

SEORANG budak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat Covid-19 selepas berada dalam koma dan mengalami pembengkakan pada otaknya.

Aurea Morales meninggal dunia di Durham, Utara Carolina pada Isnin.

Dia merupakan kanak-kanak pertama yang maut akibat jangkitan tersebut di daerah itu.

Ibu, ayah dan kakaknya turut disahkan positif Covid-19 sebelum Aurea dimasukkan ke Hospital Universiti Utara Carolina hujung bulan lalu selepas keadaan kesihatannya semakin teruk.

Namun keadaan kesihatan keluarganya tidak didedahkan.

Carmen Hathcock, salah seorang guru yang mengajar Aurea antara mereka yang terkesan dengan pemergian kanak-kanak itu.

"Saya hilang kata-kata, hati saya luluh.

"Seorang kanak-kanak di sekolah saya meninggal dunia. Dia seorang budak yang baik hati, kelakar, ringan tulang dan comel," katanya.

Sebanyak 31,000 disahkan positif Covid-19 di Utara Carolina dengan 900 kematian direkodkan.

Jangkitan itu amat merbahaya kepada warga emas tetapi saintis kini bimbang ia boleh menyebabkan komplikasi keradangan yang berpotensi meragut nyawa kanak-kanak. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

koma, otak bengkak, Covid-19

Artikel Lain