SEORANG lelaki dirakam sedang menunggu di sebuah ruangan di hospital dengan anak panah yang tercucuk pada bahagian dadanya. Pesakit dikenali sebagai Peng itu dikatakan terpanah diri sendiri sewaktu sesi latihan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Video melibatkan lelaki itu dirakam di Hospital Awam Guangxi, Nanning, China pada Sabtu lalu. Dua lagi lelaki turut dilihat berada bersebelahan Peng untuk memberi sokongan kepadanya. Selepas melalui pembedahan selama sejam, anak panah itu berjaya dikeluarkan. Peng juga berada dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan pulang beberapa hari lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!