suria

Suntikan ‘filler’ bikin hidup merana, wanita serik bibir pecah 5 kali - “Saya sangat takut”

Mangsa hidup dalam ketakutan kerana risau kejadian sama berulang kembali.

SEORANG wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila bibrnya pecah sebanyak lima kali setelah dia mendapatkan suntikan filler.

Gemma Palmer, 35, mengunjungi sebuah salun kecantikan dan membuat suntikan dengan dua kali ganda dos untuk mencantikkan bibirnya.

Namun, tindakan itu menyebabkan bibirnya membengkak dan dia mengalami kesakitan.

Berjaya menyelesaikan masalah itu, dia bebas menjalani kehidupan sebelum kesakitan kembali menjelma.

Bermula dengan rasa sakit, ia mula membengkak sebelum bibirnya pecah sebanyak lima kali.

Menurut wanita dari Litherland, Lancashire, dia kini dalam usaha membuang lebihan suntikan itu.

Malah, dia turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil suntikan berkenan.

"Ia sangat teruk, saya bukan sahaja sakit secara fizikal tetapi juga ia menyeksa mental.

"Bibir ini buat saya menangis. Saya sangat takut kalau ia meletup lagi," ujarnya. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bibir, suntikan filler, kecantikan

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan