suria

Detik riang bertukar tragedi, budak 11 tahun maut dipanah petir ketika mandi hujan bersama rakan

Mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital. (Gambar Hiasan).

TIADA siapa menyangka detik riang seorang kanak-kanak bersama rakannya yang sedang mandi hujan bakal berakhir dengan tragedi.

Menerusi kejadian di La Guajira, Caribbean, Juan Sebastian Brito Vega, 11, sedang mandi-manda di kawasan terbuka sewaktu hujan lebat melanda.

Dia kemudiannya dipanah petir sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Menurut saksi dan penduduk setempat, dia dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sejuus tiba.

Dalam pada itu, pihak berkuasa juga sedang menyiasat kes berkenan memandangkan ia berlaku sewaktu perintah larangan keluar dalam mengekang virus Covid-19.

Menurut pihak berkuasa lagi, orang ramai tidak dibenarkan menghadiri majlis pengebumian mangsa demi mengelak berlakunya penularan virus. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mandi hujan, petir, Covid-19

Artikel Lain