suria

Bangkai ikan ditemui dalam punggung lelaki, dakwa ‘terduduk di atasnya’

Bangkai seekor ikan dikeluarkan dari usus besar seorang lelaki. Foto AsiaWire / Dr Zeng

BANGKAI seekor ikan ditemui di dalam punggung seorang lelaki dan didakwa ia ditemui selepas lelaki berkenaan 'terduduk di atasnya'.

Pesakit berusia 30 tahun itu ke sebuah hospital di Guangdong di China pada 3 Jun lalu, selepas mengadu sakit perut.

Dia kemudian melakukan siri imbasan CT dan x-ray sehingga menemukan jawapan kepada masalah yang dihadapinya iaitu seekor ikan air tawar.

Ketika ditanya oleh jururawat yang hairan bagaimana ikan tersebut boleh berada di dalam perut, lelaki itu mendakwa dia secara tidak sengaja duduk di atasnya.

"Adakah anda fikir saya bodoh?" seorang petugas kesihatan dilaporkan memberikan respons.

Disebabkan ikan tersebut terlalu besar untuk dikeluarkan menerusi proses endoskopi, pakar bedah memutuskan untuk membedah perutnya.

Pesakit itu kemudian sembuh selepas menjalani pembedahan mengeluarkan ikan tersebut dari usus besarnya.

Bagaimanapun, sama ada ikan tersebut memasuki perut lelaki berkenaan ketika masih bernyawa atau sudah mati, masih menjadi misteri. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

punggung, bangkai, ikan, usus besar,

Artikel Lain