suria

Kes bunuh George Floyd: Bekas anggota polis buat kemunculan pertama di mahkamah, berdepan penjara 40 tahun

Chauvin berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun jika disabitkan bersalah.

BEKAS anggota polis Minneapolis, Derek Chauvin membuat kemunculan pertama di mahkamah berhubung kes kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd.

Memetik laporan CNN, Chauvin muncul secara dalam talian di pusat keselamatan awam di Minneapolis, di mana Hakim Jeannice Reding memberikan usul pendakwaan untuk menetapkan jaminan tanpa syarat sebanyak AS$1.25 juta (RM5.33 juta) atau AS$1 juta (RM4.26 juta) dengan syarat.

Chauvin menggunakan lututnya menekan Floyd ke tanah selama hampir selama sembilan minit, berhadapan dengan tuduhan darjah kedua.

Dia pada mulanya didakwa dengan pembunuhan darjah ketiga selepas dipecat oleh Jabatan Polis Minneapolis.

Pertuduhan itu kemudian ditingkatkan pada minggu lalu.

Sejak penahanannya, dia telah ditempatkan di Penjara Kabupaten Ramsey di St. Paul, Minnesota.

Bekas anggota polis itu, yang berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 40 tahun jika disabit kesalahan, tidak mengemukakan rayuan.

Dia seterusnya dijangka hadir di mahkamah pada 29 Jun depan.

Floyd, 46, meninggal dalam tahanan polis pada 25 Mei lalu, menyebabkan tunjuk perasaan secara besar-besaran terhadap isu perkauman di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

Menerusi klip video yang tular, Chauvin, 44, dilihat menekan leher Floyd, sambil memberitahu bahawa dia tidak dapat bernafas. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain