suria

Pemuda buat ugutan bom hospital, berharap ‘frontliner’ mati sebab Covid-19

Matthew Wain ketika tiba di Mahkamah Majistret Birmingham. Foto SWNS

SATU ancaman berbaur ugutan di Internet yang mahu mengebom sebuah hospital, menerusi sebuah video yang dimuat naik bertajuk 'Saya mahu petugas kesihatan atau frontliner mati kerana Covid-19'.

Matthew Wain, dari Handsworth, membuat ancaman bom itu menerusi satu panggilan telefon kepada Hospital Bandar Birmingham di United Kingdom.

Dia turut memberitahu berharap kakitangan di hospital tersebut maut.

Difahamkan, lelaki berusia 31 tahun itu yang memaklumkan mengenai bom selepas tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan terhadapnya ketika berada di hospital itu sebelum ini.

Menurut laporan Birmingham Live, Wain dengan bangganya memuat naik rakaman panggilan telefon tersebut di laman YouTube pada 29 Mac lalu.

Susulan kejadian itu, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Birmingham pada Rabu, dan mengaku menghantar video berkenaan.

Wain kemudian diberi jaminan bersyarat dan akan dihadapkan ke mahkamah yang sama pada 18 Jun depan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain