SEORANG guru muncul di kelasnya dengan memakai gaun perkahwinan untuk membuat kejutan kepada para pelajarnya sebelum melangsungkan perkahwinan. Kelsey Moeller, 30, yang merupakan seorang guru tadika, membuat 'kemunculan istimewa' itu untuk memberi peluang kepada pelajar melihatnya dalam busana serba putih itu terlebih dahulu sebelum orang lain, termasuk bakal suaminya sendiri. Menerusi foto-foto yang dikongsikan, kelihatan para pelajarnya gembira ketika mengabadikan kenangan bersama guru wanita tersebut. Sungguhpun tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan, guru wanita itu tetap mahukan pelajarnya menjadi sebahagian daripada majlis berkenaan. Kelsey berkata: "Pelajar ini mesti melihat saya dengan gaun perkahwinan sebelum orang lain, termasuk bakal suami atau ayah saya. "Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pelajar. "Raut wajah mereka ketika melihat saya sungguh comel. Foto-foto dari dalam kelas adalah antara gambar perkahwinan kegemaran saya." - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!