SEORANG pemburu ular dari Florida berkongsi kisahnya yang berjaya menumpaskan seekor ular sawa sepanjang 5.1 meter. Mike Kimmel berkongsi kisah itu menerusi laman Instagram sehingga ia mengundang perhatian ramai. Ujarnya, dia menemui ular itu awal minggu ini dan menyifatkannya sebagai raksasa yang sebenar. Kata Mike, pergelutan dengan ular itu turut menyebabkan dia digigit sehingga kehilangan banyak darah. Setelah berjaya menangkapnya, Mike meletakkan ular itu di dalam sebuah beg khas. Dia kemudiannya menaiki sebuah bot sebelum menggunakan pistol miliknya dan membunuh ular tersebut. - India Today. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!