suria

Rekaan terlalu aneh, wanita buntu tiada siapa mahu beli rumah miliknya

Sehingga kini tiada siapa berminat membeli rumah milik wanita ini.

SEORANG wanita menghabiskan lebih 30 tahun membuat dekorasi dan rekaan rumahnya dengan citarasa sendiri.

Akibatnya, dia kini buntu apabila rumah di Lydney, Gloucestershire itu gagal dijual kepada pemilik baharu.

Kata Mary Rose Young, dia juga pernah berhasrat menjual rumah itu pada 2014 namun gagal menarik mana-mana individu untuk membelinya.

"Saya buat rumah ni dengan cara saya dan tak pernah fikir bahawa ia tak boleh dijual.

"Saya dan suami tinggal berdua macam kanak-kanak dalam rumah patung," ujarnya.

Selepas gagal menjual rumah itu, Mary kini berputus asa dan mahu terus menetap di situ.

Malah, dia juga berterusan membuat dekorasi yang lari dari kebiasaan sehingga ia kelihatan semakin pelik.

"Saya pun dah tak perasan rumah ni terlalu banyak warna sebab dah lama saya menetap di dalamnya. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mary Rose Young, rumah, dekorasi

Artikel Lain