suria

Amuk! Lelaki tikam bekas isteri, bayi di hadapan tiga anak lain

Rehan Khan bertindak memecah masuk rumah bekas isteri sebelum menikam mangsa dan bayi lelaki mereka. Foto CENTRAL NEWS

SEORANG lelaki bertindak memecah masuk rumah bekas isterinya sebelum menikam mangsa dan bayi lelaki mereka.

Kejadian itu disaksikan di hadapan tiga anak yang lain.

Tertuduh, Rehan Khan, 27, dihukum penjara seumur hidup di atas kesalahan itu.

Ketika kejadian, Rehan mengintip di luar rumah Salma Sheikh di Feltham di barat London di United Kingdom, pada Jun 2018 selepas cuba menghubungi mangsa sebanyak 270 kali.

Bekas isterinya bagaimanapun tidak mempedulikan panggilan tersebut.

Menerusi pendengaran Mahkamah Peterbrough Crown, ketika kejadian, tertuduh juga diikat jamin selepas didakwa menyerang Salma, dan dikenakan larangan daripada bertemu dengan wanita itu.

Hubungan mereka berakhir selepas Rehan didakwa melakukan penderaan secara lisan dan fizikal, malah pernah mengugut untuk mencampak keluar bayi mereka dari tingkap di tingkat empat.

Dalam kejadian itu, tertuduh menikam anak lelakinya yang baru berusia 11 bulan, sebanyak tiga kali.

Terdapat lima kesan tikaman pada Salma, termasuk di kepala dan bahu, kerana cuba melindungi bayinya.

Dalam perbicaraan pada Mei tahun lalu, Rehan kemudian mengaku cuba membunuh Salma dan anak lelaki mereka. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tikam, lelaki, bekas isteri, bayi,

Artikel Lain