suria

Curi makanan ketika ibu bapa sedang tidur, budak 6 tahun dikurung dalam almari... dibiar mati kebuluran

Deshaun maut selepas dibiarkan kebuluran dan dikurung di dalam almari oleh keluarganya.

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun dibiarkan mati kelaparan dan dikurung di dalam almari oleh keluarganya.

Keputusan bedah siasatan ke atas mayat Deshaun Martinez mendapati berat badannya hanya sekitar 8.16 kilogram (kg).

Ibu bapa kanak-kanak itu, Elizabeth Archibeque dan Anthony Martinez serta neneknya, Ann Martinez didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama, menculik dan mendera Deshaun di Flagstaff, Arizona.

Polis bergegas ke kediaman keluarga terbabit pada Mac lalu selepas Deshaun tidak sedarkan diri.

Ibu bapanya memberitahu pihak berkuasa bahawa keadaan Deshaun yang kurus kering disebabkan keadaan kesihatannya.

Namun ibu bapa mangsa memberitahu penyiasat bahawa mereka mengurung Deshaun dan abangnya di dalam almari selama 16 jam sehari dan memberi mereka sedikit makanan.

Polis berkata kanak-kanak itu dikurung di dalam almari sebagai hukuman kerana mencuri makanan ketika ibu bapa mereka sedang tidur.

Menurut laporan bedah siasat, sejarah perubatan Deshaun menunjukkan dia mempunyai masalah berat badan dan pernah dimasukkan ke hospital ketika berusia dua minggu kerana sepsis dan jangkitan saluran kencing.

Pada masa sama, terdapat kesan luka dan lebam di seluruh badan Deshaun tetapi ia tidak membahayakan nyawanya.

Elizabeth dan Anthony bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain