suria

Gara-gara cemburu bimbang teman lelaki dirampas, nyawa gadis hampir melayang kerana ditikam rakan baik sendiri

Eve (kiri) ditikam rakan baik sendiri yang mengesyaki dia mahu merampas teman lelaki gadis tersebut. Foto: SWNS

GARA-GARA cemburu, seorang gadis ditikam sebanyak dua kali oleh rakan baiknya sendiri!

Eve Hewitson-Cross, 19, ditikam oleh 'bekas' rakan baiknya kerana mengesyaki dia cuba merampas teman lelaki gadis itu.

Ketika kejadian yang berlaku Mac tahun lalu itu, Eve sedang menunggu seorang rakan lain di taman, sebelum gadis berkenaan muncul dengan sebilah pisau dapur dan menikammnya di bahagian belakang badan sebanyak dua kali.

Eve mengalami dua luka tikaman masing-masing berukuran 3cm dan 4cm.

Serangan itu hanya terhenti apabila teman lelaki penyerangnya menyuraikan keadaan, kata juri di Mahkamah Preston Crown.

Gadis yang menyerang Eve tidak dikenakan hukuman penjara kerana mempunyai isu kesihatan mental, di mana dia sebaliknya perlu menjalani pemulihan selama dua tahun.

Eve turut berkongsi gambar parut akibat tikaman tersebut baru-baru ini. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

cemburu, teman lelaki, rakan baik, tikam

Artikel Lain