suria

Wanita dipercayai sakit mental tembak mati empat anak sebelum bunuh diri, berang kerana rakan ketawa

Brittany Tucker menembak mati rakan, empat anak dan dirinya sendiri. Foto: Facebook

MENYAYAT hati! Seorang ibu menembak empat anaknya sehingga mati, sebelum menembak dirinya sendiri.

Dalam kejadian pada Khamis lalu di Monroe, Louisiana, Brittany Tucker dilaporkan mengamuk selepas rakannya yang bernama Anteshia Logwood, 20, tertawa.

Tucker sempat bertanya kepada Logwood dengan berkata 'Apa yang kamu ketawakan' sebelum menembak mati rakannya itu.

Wanita itu kemudian masuk ke dalam apartmennya dan menembak empat anak kecilnya, sebelum menembak dirinya sendiri.

Tremayne, 12, Treshelle, 8, Treasure, 5, dan Gloria yang berusia lima bulan, mati akibat kecederaan kesan tembakan tersebut.

Penyiasat percaya bahawa wanita itu berdepan dengan masalah kesihatan mental. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tembak, anak, sakit mental, ketawa

Artikel Lain