SEORANG budak lelaki berusia 10 tahun yang menghidap autisme dan sindrom down dihalau keluar dari sebuah restoran kerana tidak memakai topeng muka. Colin Newman dan ibunya, Nadina pergi ke sebuah restoran di Boston Market dekat Jenkinton, Pennsylvania pada petang Rabu untuk makan selepas kereta mereka rosak. Namun pekerja restoran tetap enggan membenarkan kanak-kanak itu masuk ke dalam premis tersebut meskipun Nadina sudah menerangkan masalah dihadapi anaknya itu. "Keadaan cuaca amat panas jadi Colin kurang selesa. Saya membawanya masuk ke dalam restoran untuk menenangkannya. "Jadi saya tanya pekerja restoran jika kami boleh duduk di situ selama 15 minit sehingga bantuan tiba. Tapi dia kata perlu hubungi pemilik restoran terlebih dahulu. "Saya terkejut kerana dia tidak memahami keadaan anak saya malah tiada common sense," kata Nadina. Nadina berang dengan tindakan pekerja terbabit lalu menghubungi polis. Sebaik beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian, mereka membantu menyelesaikan isu tersebut dan menghantar Nadina dan anaknya itu pulang ke rumah. Nadina memuji tindakan pantas polis tetapi mengkritik cara pekerja restoran tersebut melayan anak istimewanya itu. Malah pengurus restoran terbabit turut meminta maaf kepada Nadina di atas layanan buruk itu, lapor ABC6. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!