BUKAN seekor, bukan dua ekor... sebaliknya keluarga ini membela 81 ekor haiwan eksotik di kediaman mereka di Kirkby, Merseyside, England. Menurut Scott Gavin, 35, mereka menyimpan pelbagai jenis haiwan termasuklah ular sawa, labah-labah, skunk albino dan sebagainya. Ujar bapa kepada enam cahaya mata itu, dia yakin anak-anak kecilnya selamat biarpun dikelilingi haiwan seperti ular. Tambahnya, anak sulung berusia 12 tahun yang juga kanak-kanak autistik cukup senang bermain dengan seekor skunk yang dibelanya. "Anak bongsu saya, Megan yang juga sindrom down suka ular. "Jika cuaca elok, saya benarkan ular bebas di taman di rumah dengan anak-anak" katanya lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!