suria

Ikan paus 14 tan mati terdampar di pantai kerana beratnya

Ikan paus seberat 14 mati terdampar di sebuah pantai. Foto British Divers Marine Life Rescue WS

SEEKOR ikan paus mati kerana beratnya sendiri selepas terdampar dekat sebuah kampung di North-East Wales di United Kingdom.

Menurut laporan LancsLive, haiwan seberat 14 tan itu dinamakan sebagai Harry oleh penduduk tempatan.

Ia mati secara perlahan-lahan ketika terdampar di sebuah pantai.

Penyelamat menghadapi situasi yang menyedihkan apabila tidak dapat menyelamatkan haiwan berkenaan.

Pasukan Penyelam Penyelamat Hidupan Marin Britain berjuang untuk menyelamatkan ikan tersebut yang terdampar dari muara Dee Estuary dekat Greenfield, pada Jumaat.

Usaha penyelamat pada mulanya berjaya dengan haiwan itu dapat dibawa ke air dalam pada Jumaat.

Bagaimanapun, penduduk tempatan menerima berita sedih apabila ia kembali terdampar di pantai pada pagi Ahad. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ikan paus, terdampar,

Artikel Lain