suria

Berpakaian tidak sopan, ibu dan anak terkilan dihalau keluar dari pasaraya - “Ia hari yang panas”

Wanita ini mengakui terkilan apabila dia dan anaknya dihalau pada Ahad lalu.

SEORANG wanita dan anak perempuannya mendakwa dihalau keluar dari sebuah pasaraya di Kent, England kerana berpakaian tidak sopan.

Menurut Chantell Humphreys, 46, dia dan anaknya, Isabelle mengakui malu dan terhina apabila diperlakukan sedemikian oleh petugas pasaraya.

Sewaktu kejadian pada Ahad, kedua-dua mereka memakai baju 'crop top' yang mana ia disifatkan tidak sopan dan mejolok mata.

Malah, pakaian itu juga dikatakan tidak sesuai memandangkan pasaraya itu menerima pengunjung pelbagai lapisan usia termasuk kanak-kanak.

"Ia hari yang panas. Kami tak akan masuk ke sana pakai baju tebal.

"Saya sedih ia berlaku. Kami beratur untuk masuk, kemudian kami perlu keluar," ujar wanita itu.

Dalam pada itu, jurucakap pasaraya berkenaan mengakui peka dengan kejadian berkenaan.

Namun, mereka mohon pasangan ibu dan anak itu agar faham dan bertimbang rasa kerana ia tidak sopan khususnya kepada pengunjung cilik. - The Sun.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pasaraya, crop top, pakaian, seksi

Artikel Lain