suria

Kentut dengan niat provokasi depan anggota polis, lelaki didenda hampir RM 2600

Polis mempertahankan penalti yang dikenakan terhadap seorang lelaki susulan tindakannya kentut dengan niat provokasi di hadapan anggota mereka. Foto: Getty Images

SEORANG lelaki di Vienna, Austria telah didenda hampir £ 500 (RM 2686) kerana kentut dengan niat provokasi di hadapan pegawai polis.

Polis terpaksa mempertahankan kewajaran penalti tersebut setelah akhbar Österreich mendedahkan lelaki itu telah dihukum kerana 'menyinggung kesopanan awam' pada 5 Jun.

Polis berhujah bahawa pelaku itu tidak bekerjasama dan bersikap provokatif dengan anggota mereka.

Menulis di Twitter, polis yang berkenaan mendakwa bahawa lelaki itu pada mulanya duduk di sebuah bangku di taman sebelum bangun, memandang mereka dan kentut dengan niat provokasi.

"Sudah tentu tidak ada yang dilaporkan melepaskannya (kentut) secara tidak sengaja," tambah mereka.

Lelaki itu boleh mengemukakan rayunan terhadap penalti yang dikenakan terhadapnya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kentut, penalti, polis, provokasi

Artikel Lain