PENDANDAN rambut di United Kingdom (UK) diminta supaya untuk tidak berbual ketika mereka berharap untuk kembali beroperasi pada bulan depan. Soalan-soalan seperti 'Bilakah kamu pergi bercuti?' atau 'Apa yang kamu rancang pada hujung minggu ini?' adalah tidak digalakkan sama sekali ketika mencuci rambut pelanggan. Jika mereka mahu beroperasi semula pada awal Julai, pendandan rambut diminta untuk mengamalkan 'peraturan senyap'. Langkah tersebut bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Persekutuan Rambut dan Kecantikan Kebangsaan (NHBF) menasihatkan semua anggotanya untuk mengurangkan perbualan bagi melindungi pekerja dan pelanggan. Kedai dandanan rambut sebelum ini antara premis perniagaan di UK berikutan pandemik Covid-19. Kini, persekutuan itu menggesa kerajaan untuk segera mengeluarkan garis panduan penuh apabila salun memerlukan tempoh dua minggu untuk melakukan persiapan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!