suria

Wow! David Beckham tunjuk gaya rambut baharu selepas akui ‘kehabisan topi’

david beckham

IKON bola sepak, David Beckham mencuba pelbagai gaya rambut sejak bertahun-tahun.

Namun, wajah terbaharunya mungkin membuktikan gaya rambutnya kini menjadi paling popular untuk diikuti.

Figura berusia 45 tahun itu menunjukkan kepalanya yang dicukur, menerusi foto yang dirakamkan pada waktu petang.

Foto tersebut memperlihatkan beliau mendaki menerusi sebuah padang dengan pemandangan matahari terbenam.

Bintang bola sepak itu kelihatan segak bergaya dengan memakai kot dan berseluar panjang kasual, sambil memegang tongkat.

Menurut keterangan gambar, David secara jelas berkata,"Tak ada topi, dah kehabisan topi tapi matahari terbenam."

Menerusi laman Instagramnya yang mempunyai 63.1 juta pengikut, rata-rata netizen memuji gaya terbaharunya.

"Siapa perlukan topi bila rupa anda seperti itu," komen seorang netizen.

"Kamu kelihat segak tanpa topi!" komen seorang lagi. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

David Beckham, rambut, topi,

Artikel Lain