SEORANG kanak-kanak disahkan positif Covid-19 selepas bermain dengan selimit kepunyaan seorang budak perempuan yang dijangkiti virus itu. Menurut pengesanan kontak di Beijing, kanak-kanak berusia dua tahun itu bermain selimut tersebut selama 10 minit. Budak lelaki itu dipercayai dijangkiti virus itu setelah ibunya, yang merupakan seorang guru tadika, dan membawanya ke kelas pada 11 Jun. Dia menghabiskan 10 minit bermain dengan selimut milik seorang murid perempuan berusia enam tahun, yang kemudiannya positif pada hari sebelumnya. Suruhanjaya Kesihatan Provinsi Hebei memberitahu bahawa anak kecil itu positif Covid-19 pada 15 Jun setelah menunjukkan simptom termasuk gejala demam ringan. Menurut pegawai, kanak-kanak perempuan itu merupakan antara empat ahli keluarga yang sama disahkan positif pada 14 Jun. Memetik laporan, kanak-kanak itu, bersama ibunya, dijangkiti oleh datuk dan neneknya yang bekerja sebagai pembekal di pasar Xinfadi di daerah Fengtai di Beijing. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!