suria

Covid-19: Percubaan vaksin baharu ke atas manusia sudah bermula di UK, sasar suntik 300 sukarelawan bagi fasa pertama

Percubaan vaksin ke atas manusia dilakukan di banyak lokasi dengan terdapat sekitar 120 program vaksin yang sedang dibangunkan. Foto: Imperial College

PESERTA sukarelawan telah mula diimunisasi dengan vaksin Covid-19 yang baharu di United Kingdom (UK).

Kira-kira 300 sukarelawan akan disuntik beberapa minggu akan datang, sebagai sebahagian daripada percubaan vaksin ke atas manusia yang diketuai oleh Profesor Robin Shattock dan rakan-rakannya, di Imperial College London.

Ujian ke atas haiwan menunjukkan bahawa vaksin itu selamat dan mencetuskan tindak balas imun yang berkesan.

Percubaan vaksin ke atas manusia dilakukan di banyak lokasi dengan terdapat sekitar 120 program vaksin yang sedang dibangunkan.

Kathy, 39, yang bekerja dalam bidang kewangan, adalah salah seorang sukarelawan pertama yang mengambil bahagian dalam percubaan di Imperial.

Wanita itu mengatakan hasratnya menjadi sukarelawan kerana dia ingin berperanan dalam memerangi wabak maut itu.

"Saya fikir ia bermula daripada tak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu, dan ini ternyata sesuatu yang dapat saya lakukan.

"Dan memahami bahawa tidak mungkin situasa akan kembali normal sehingga ada vaksin, jadi saya ingin juga menjadi sebahagian daripada perkembangan ini,"katanya.

Selepas fasa pertama ini, percubaan lain sedang dirancang untuk Oktober, yang melibatkan 6,000 orang sukarelawan. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, sukarelawan, UK, vaksin

Artikel Lain