suria

Dimalukan di Facebook gara-gara enggan melayani pelanggan tak pakai topeng muka, barista Starbucks dapat tip RM248 ribu!

Lenin Gutierrez menerima sokongan netizen selepas enggan melayani seorang pelanggan yang tidak memakai topeng muka. Foto: GoFundMe

SEORANG barista rangkaian kedai kopi terkenal Starbucks tidak menyangka dirinya menerima sokongan ramai selepas insiden dimalukan seorang pelanggan, gara-gara menegur wanita itu yang tidak memakai topeng muka.

Insiden tersebut tercetus apabila pelanggan bernama Amber Lynn Gilles mengecam barista berkenaan, Lenin Gutierrez di Facebook kerana enggan melayaninya di outlet Starbucks di San Diego, California pada 22 Jun lalu.

Wanita berkenaan sambil memuat naik gambar Gutierrez menulis: "Temui Lenin dari Starbucks yang enggan melayan saya kerana saya tidak memakai topeng. Lain kali saya akan menunggu polis dan bawa pengecualian perubatan."

Posting tersebut bukan mengundang simpati sebaliknya netizen mengecam kembali wanita berkenaan.

Malah netizen menyokong tindakan Lenin yang menegur untuk kebaikan bersama dan mereka mahu menyumbang tip buat barista tersebut.

Seorang individu, Matt Cowan memulakan kutipan untuk Lenin menerusi GoFundMe.

Tanpa disangka, jumlah kutipan tip yang disumbangkan orang ramai mencecah sehingga $58,000 (RM 248,900).

Di dalam videonya, Lenin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

"Saya hanya ingin mengingatkan semua orang untuk bersikap baik antara satu sama lain, saling mengasihi dan selalu ingat untuk memakai topeng," katanya. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

barista, Starbucks, tip, topeng muka

Artikel Lain