suria

Tiga maut, seorang buta selepas minum hand sanitizer

Tiga individu maut selepas minum hand sanitizer. Gambar hiasan/Foto Dreamstime/TNS

TIGA individu dilaporkan maut, manakala seorang lagi mengalami kecacatan penglihatan kekal selepas minum cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Laporan CNN memetik pegawai kesihatan sebagai berkata, kes kematian berlaku di New Mexico di Amerika Syarikat, dan dikaitkan dengan keracunan metanol.

Menurut Jabatan Kesihatan negeri, tiga lagi individu yang dipercayai meminum produk berkenaan dalam keadaan kritikal.

Insiden tersebut dianggap berkaitan dengan alkoholisme.

Mereka dilaporkan kepada Kawalan Racun New Mexico selama beberapa minggu, Mei lalu.

"Kesemua individu yang dipercayai meminum hand sanitizer mengandungi metanol," menurut Jabatan Kesihatan dalam satu kenyataan.

Segelintir individu menggunakan hand sanitizer berasaskan alkohol untuk khayal. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hand sanitizer, metanol,

Artikel Lain