suria

Terlupa pakai sunscreen, gadis nyaris buta, wajah bengkak selepas berjemur 2 jam di tengah panas

Selain bengkak pada wajah, Payton juga sukar membuka matanya selama sebulan.

SEORANG gadis nyaris buta selepas menghabiskan masa selama dua jam berjemur di bawah panas terik matahari.

Malah wajahnya turut membengkak dipercayai akibat keracunan matahari.

Payton Williams, 25, mengalami masalah itu ketika bertemu dengan rakan baiknya pada 20 April lalu.

Menurut Payton, dia terlupa untuk memakai pelindung matahari (sunscreen) sebelum keluar rumah.

Payton menyedari kulitnya mulai kering malah dia turut berasa mual dan sakit kepala.



Keadaan Payton selepas berjemur di bawah panas terik matahari selama dua jam.

Namun keadaannya bertambah teruk beberapa hari kemudian menyebabkan dia membuat keputusan untuk bertemu doktor.

Dia akhirnya didiagnosis dengan keracunan matahari yang telah berubah menjadi selulitis, jangkitan bakteria di bawah kulit wajahnya.

Disebabkan jangkitan bakteria itu, Payton juga sukar membuka matanya selama sebulan.

"Sungguh menyakitkan. Saya tidak akan berjemur lagi," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain