MENYERAMKAN! Satu video dari kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hospital di Thailand mengejutkan netizen apabila ia merakamkan sebuah kerusi roda yang bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa. Menerusi video berdurasi 44 saat itu, kelihatan kerusi roda berkenaan bergerak daripada tempat asal ia diletakkan di sebelah tiang, dan 'mundar-mandir' di kawasan berhampiran pintu masuk masuk hospital. Pergerakan kerusi roda itu seolah-olah ada 'seseorang' yang sedang mengendalikannya. Thanasak Pakdeenuan, Pengarah Hospital Ban Kham Doung mengesahkan bahawa ia adalah kerusi roda manual. Thanasak menambah kerusi roda itu disumbangkan oleh seorang bekas pesakit di hospital tersebut, yang sudahpun meninggal dunia. Hospital itu kini merancang untuk mengadakan upacara bagi menghormati roh pemilik kerusi roda itu. - Thesun.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!