SEBUAH hospital di England bakal berdepan dengan tuduhan jenayah ekoran terdapat banyak kes kematian bayi dan ibu. Polis West Mercia dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menyiasat Shrewsbury dan Telford NHS Hospital Trust. Konstabel Geoff Wessell berkata: "Hari ini, 30 Jun 2020, kami telah bertemu dengan NHS Improvement (badan bukan jabatan), Jabatan Kesihatan dan penilai bebas untuk membincangkan aduan yang dibuat terhadap Shrewsbury dan Telford NHS Hospital Trust berkaitan dengan perkhidmatan ibu hamil. Kajian bebas sedang dijalankan. "Kami dapat mengesahkan bahawa siasatan polis akan dilakukan untuk mengetahui apakah ada bukti untuk menyokong kes jenayah sama ada terhadap hospital atau individu yang terlibat." Sebuah inkuiri yang meneliti kes kematian ibu dan bayi yang meninggal atau cedera di Shrewsbury dan Telford Hospitals Trust kini sedang menyiasat lebih dari 1,000 kes yang telah didedahkan pada awal tahun ini. - Mirror.co.ukNak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!