KHABAR angin kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un kembali hangat diperkatakan apabila dia tidak muncul di khalayak ramai selama tiga minggu. Jong-un, 36, dilaporkan sedang sakit tenat selepas didakwa menjalani pembedahan jantung. Namun dia tiba-tiba muncul merasmikan pembukaan sebuah kilang baja di Suncheon selepas 20 hari menghilang. Sejak itu, dia lagi tidak kelihatan dan tidak menghadiri ulang tahun keempat pelantikannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negeri itu. Menteri Pertahanan Jepun Taro Kono pada minggu lalu berkata dia meragui kesihatan Jong-un. Katanya, Jong-un ‘mengelak untuk dijangkiti’ daripada wabak Covid-19. Menurut sumber di Beijing, berlaku kesilapan semasa pembedahan jantung dilakukan ke atas Jong-un pada April lalu. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!