suria

Ibu muda meninggal dunia akibat Covid-19 selepas lahirkan anak kembar

Larissa Blanco meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar. Foto Facebook/ Mirror

SEORANG ibu meninggal dunia akibat Covid-19 selepas melahirkan anak kembar.

Larissa Blanco positif Covid-19 pada 12 Jun dan suaminya, Diego Rodrigues memberitahu isterinya menunjukkan gejala seperti selesema beberapa hari sebelumnya.

Wanita berusia 24 tahun itu dibawa ke hospital dua minggu kemudian apabila keadaannya bertambah buruk, sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di bandar Botucatu di Sao Paulo, Brazil.

Pada 27 Jun, Larissa melahirkan pasangan kembar, Guilherme dan Gustavo.

Diego berkata: “Saya berada di bilik pembedahan dan mereka mengeluarkan bayi pertama.

"Nampak wajah gembiranya dan saya sangat beremosi kerana itulah impiannya."

Diego memberitahu anak kedua dilahirkan kemudian selepas satu komplikasi kecil.

Dia kemudian dimaklumkan bahawa isterinya isterinya mengalami banyak pendarahan dan memerlukan pemindahan darah.

Bagaimanapun, Larissa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

"Doktor beritahu Covid-19 menyebabkan isterinya tidak mempunyai ketahanan dalam badan," ujar Diego. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ibu muda, Covid-19, kembar,

Artikel Lain