suria

Lelaki maut akibat Covid-19, sehari selepas posting kesal hadiri parti ‘tamat perintah berkurung’

Thomas Macias maut akibat Covid-19. Foto Mirror

SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat yang mengakui kesal menghadiri pesta 'lockdown' meninggal dunia hanya sehari selepas membuat posting berkenaan.

Pemandu trak, Thomas Macias meninggal dunia setelah menghadiri sebuah parti di mana salah seorang peserta kemudian mendedahkan mereka tahu mereka menghidap Covid-19.

Lelaki berusia 51 tahun itu membuat perkongsian beremosi tersebut di Facebook, dengan menyebut bahawa dia kesal menghadiri pesta berkenaan di California.

Laporan mengatakan Thomas menghidap diabetes, dan kemudian mengetahui salah seorang pengunjung parti tahu menghidap Covid-19 ketika kejadian.

Thomas kemudian jatuh sakit dan menghantar mesej amaran kepada rakan-rakannya mengenai langkah mencegah Covid-19.

Pada 18 Jun, Thomas disahkan positif Covid-19, dan dia menulis posting tersebut dua hari kemudian.

Menurut laporan CBS, menerusi perkongsian itu, dia berharap untuk sihat tetapi meninggal dunia keesokkannya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Thomas Macias, Covid-19,

Artikel Lain