KERAJAAN Botswana sedang menyiasat punca kematian lebih 350 ekor gajah di negara itu yang berlaku sejak Mei lalu. Setakat ini, tiga makmal di Kanada, Afrika Selatan dan Zimbabwe diminta memproses sampel yang diambil dari gajah-gajah tersebut. Sejak dua bulan lalu, ratusan gajah ditemui mati di kawasan muara di Okavango. Menurut satu laporan yang dikeluarkan organisasi konservasi, ratusan bangkai gajah dapat dilihat menerusi visual yang dirakam dari udara. "Mereka lihat 169 ekor gajah sepanjang tiga jam penerbangan di kawasan itu. "Sebulan kemudian lebih banyak bangkai ditemui sehingga 350 ekor," ujar Dr Niall McCann dari United Kingdom. Ujarnya, agak aneh kerana hanya gajah yang mati. Malah, dia tidak menolak kemungkinan ia diracun oleh pemburu haram. - BBC. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!