suria

Pasangan warga emas bunuh diri selepas anak lelaki meninggal dunia akibat Covid-19

Pasangan itu terlalu sedih akibat pemergian anak mereka pada Jumaat lalu.

PASANGAN suami isteri warga emas di Odisha, Ganjam, India ditemui mati akibat bunuh diri.

Menurut laporan, Rajkishore Satapathy dan isterinya, Sulochana Satapath menggantung diri selepas anak mereka yang berusia 27 tahun meninggal akibat Covid-19.

Lelaki itu ditemui mati tergantung pada sebatang pokok manakala isterinya ditemui tergantung di dalam rumah.

Lebih pilu, anak mereka merupakan petugas barisan hadapan yang bekerja untuk merawat wabak tersebut.

Mangsa bagaimanapun diuji positif Covid-19 pada Khamis sebelum meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Terlalu sedih akan pemergian itu, ibu bapa mangsa turut menamatkan riwayat mereka sendiri. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
bunuh diri, Covid-19, India

Artikel Lain