SEORANG bayi perempuan berusia setahun yang baru pandai berjalan meninggal dunia akibat Covid-19. Ibunya, Andrea de Sousa, 20, berkata hatinya remuk mengenang nasib menimpa anaknya Vitoria Gabrielle yang menghembuskan nafas terakhirnya di Rio de Janeiro pada Mei lalu. Gabriel, abang kepada Vitoria, 4, sering bertanya tentang adiknya setiap hari ketika Brazil terus merekodkan angka kematian tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS). Vitoria baru saja pulih daripada jangkitan virus meningitis ketika dimasukkan ke sebuah hospital dengan masalah gastrointestinal pada 9 April lalu. Namun pada 20 April lalu, dia mengalamai masalah sukar bernafas dan sering keletihan sebelum dipindahkan ke unit rawatn rapi empat hari kemudian. Bayi malang itu meninggal dunia pada 4 Mei dengan punca kematian disebut sebagai ‘pnuemonia bilateral, dijangkiti Covid-19’ selain pengumpulan cecair di otak dan pembengkakan hati serta limpa. Hanya ibu dan bapa tirinya dibenarkan untuk menghadiri upacara pengebumian bayi tersebut. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!