suria

Gadis panik temui anak buaya di dalam tab mandi tapi rupa-rupanya kena prank

Clare hanya menyedari anak buaya itu adalah alat mainan yang sengaja diletakkan abang dan juga ibunya di dalam tab mandinya.

SEORANG gadis dalam keadaan panik menghubungi pusat panggilan kecemasan selepas menjumpai seekor anak buaya di dalam tab mandinya.

Clare Kelly, 25, menemui haiwan reptilia itu ketika mahu membersihkan dirinya.

Namun operator pusat panggilan kecemasan itu bagaikan dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena sebelum meminta gadis tersebut untuk melakukan pemeriksaan semula.

Clare bagaimanapun menyedari dia menjadi mangsa prank abang dan juga ibunya.

Haiwan reptilia itu hanyalah alat mainan yang sengaja diletakkan di dalam tab mandinya.

Clare kemudiannya meminta maaf kepada operator tersebut.

"Dia cuba untuk membantu dan saya rasa amat bersalah. Saya kemudian meminta maaf kepadanya.

"Abang saya keluar rumah dan beritahu saya dia terjumpa anak buaya di dalam semak dekat rumah kami. Tak sangka ibu saya pun terlibat mengenakan saya," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain