GELAGAT comel sepasang sahabat cilik yang berpelukan ketika bertemu selepas beberapa bulan 'terpisah' gara-gara perintah berkurung (lockdown), mencuri perhatian netizen. Video tersebut dirakamkan oleh ibu kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan. Riak wajah dan reaksi kedua-dua sahabat baik itu yang langsung tidak menduga akan bertemu, begitu mencairkan hati netizen. Menerusi video berkenaan, kelihatan kedua-duanya berlari sebaik sahaja terperasan kelibat wajah antara satu sama lain. Mereka lantas berpelukan dan melompat kegembiraan sambil diperhatikan oleh ibu masing-masing. Kedua-duanya yang berusia tiga tahun dan berasal dari New York, menjadi sahabat baik sejak bertemu di pusat jagaan dua tahun lalu. - Mirror.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!