SEORANG ahli perniagaan membelanjakan sebanyak RM17,159 untuk topeng muka diperbuat daripada emas yang ditempah khas bagi mengelak dijangkiti Covid-19. Shankar Kurade dari Pune, barat India berkata idea itu tercetus selepas melihat laporan media seorang lelaki memakai topeng emas diperbuat daripada perak. Lelaki berusia 49 tahun itu membuat tempahan khas topeng muka seberat 60 gram itu dari sebuah kedai emas. "Pemilik kedai emas itu berkata dia boleh menyiapkan tempahan tersebut dalam tempoh lapan hari, ” katanya. Topeng muka berbentuk cakera itu diikat dengan dua jalur elastik supaya Shankar dapat menyangkutkannya di telinga. Terdapat lubang kecil yang ditebuk pada topeng muka bersalut emas itu bagi membolehkannya bernafas. "Ramai mahu berswafoto dengan saya. Mereka terkejut melihat saya memakai topeng muka bersalut emas ketika di pasar," katanya. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!