BIARPUN sekadar meniru percakapan manusia, burung kakak tua ternyata sejenis haiwan yang istimewa. Terbaharu, seekor burung kakak tua berjaya mengalahkan pelajar Universiti Harvard dalam satu ujian memori. Menerusi uji kaji itu, seekor burung kakak tua Afrika atau nama saintifiknya Psittacus erithacus digunakan untuk menguji kecekapan memori. Selain haiwan itu, 21 kanak-kanak berusia enam sehingga lapan tahun serta 21 orang dewasa turut terlibat. Ketua penyelidik, Hrag Pailian dari bahagian Psikologi Harvard mengakui keputusan itu sesuatu yang tidak dijangka. "Cuba fikirkan, seekor burung mengalahkan pelajar Harvard. Ia agak hebat. "Pelajar yang terlibat termasuklah dari jurusan kejuruteraan dan perubatan. Tapi ia berjaya kalahkan mereka," ujarnya. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!