RESTORAN makanan segera popular, Burger King berkemungkinan terpaksa menutup operasi kira-kira 10 peratus daripada cawangan restorannya, ekoran kesan daripada krisis Covid-19. Amaran itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Burger King United Kingdom (UK), Alasdair Murdoch. Murdoch berkata, kira-kira 1,600 pekerjaan juga mungkin hilang akibat pandemik berkenaan. Hanya sekitar 370 daripada 530 rangkaian restoran itu di UK yang dibuka semula sejak negara berkenaan melaksanakan perintah berkurung (lockdown). "Kami tidak mahu kehilangan (pekerjaan). Kami berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk tidak melakukannya, tetapi kita harus menganggap bahawa antara lima peratus dan 10 peratus restoran mungkin tidak dapat bertahan. "Bukan hanya kami. Saya rasa ini berlaku kepada semua orang di luar sana yang turut berada dalam industri seperti kami," ujar Murdoch. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!