BAPA enam anak yang diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai harapan tipis untuk hidup selepas dijangkiti Covid-19, memberitahu dia sembuh ibarat 'sebuah filem Hollywood'. Christopher Lazar, 44, diberi peluang hanya 5 peratus untuk bertahan selepas dia terlantar selama lapan minggu di hospital, akibat virus itu. Selama lima minggu dia berada di unit rawatan rapi (ICU) bergantung kepada ventilator. Isterinya, Sarah menunjukkan tanda-tanda untuk memulakan persiapan pengebumiannya. Suaminya mengalami pelbagai penyakit seperti kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan radang paru-paru. Bagaimanapun, suaminya kini dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih secara luar biasa. Christopher, dari Leeds, United Kingdom berkata: "Saya tidak percaya ini berlaku kepada saya - semuanya begitu pantas. "Rasanya seperti filem Hollywood tetapi saya sangat gembira dapat pulang bersama keluarga," katanya. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!