suria

Tiga kali pernah cuba bunuh diri, kali ke-4 akhirnya nyawa melayang sejam selepas hantar anak ke sekolah – “Tiada nota ditemui, hanya secawan kopi panas di sampingnya”

Mayat Nicola ditemui oleh pekerja sokongan dalam garaj di kediamannya di Stafford. Foto: Google

SEORANG ibu yang mengalami kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya, ditemui mati tergantung di garaj rumahnya kira-kira satu jam selepas menghantar anaknya ke sekolah.

Mayat Nicola Pritchard ditemui oleh seorang pekerja am kediamannya sekitar pukul 9.45 pagi pada 26 Februari lalu, lapor Stoke-on-TrentLive.

"Ketika pekerja itu memasuki kediaman, dia dapat melihat pintu garaj terbuka. Dia membuka garaj dan menemui mayat Nicola.

"Ada secawan kopi yang masih hangat dan kami percaya ia berlaku tidak lama sebelum pekerja sokongan tiba di rumah.

"Dia telah bekerja bersama Nicola sejak Januari tahun ini. Tidak ada nota ditemui bersama," kata detektif, Konstabel Sarah Pritchard kepada Mahkamah Koroner Staffordshire.

Pada September tahun lalu, Nicola didiagnosis dengan gangguan penyesuaian (adjustment disorder) dan 'kemurungan akibat kecederaan otak'.

Inkues itu juga diberitahu bahawa Nicola sebelum ini pernah beberapa kali cuba membunuh diri iaitu pada April 2018, Februari 2019 dan Mac 2019.

Koroner Andrew Haigh membuat kesimpulan bahawa tindakan tersebut dilakukan disebabkan kecederaan yang dialaminya. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bunuh diri, nota, kopi

Artikel Lain