suria

Entiti aneh ‘melutut’ dirakam di gereja, lokasi mayat Puteri Diana dimakamkan secara rahsia

Puteri Diana terkorban dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997.

PENAMPAKAN entiti aneh dilihat di sebuah gereja, lokasi mendiang Puteri Diana dipercayai dimakamkan secara rahsia.

Sejak bertahun-tahun lamanya, peminat Puteri Diana dimaklumkan bahawa jasadnya dikebumikan di sebuah pulau peribadi di Althorp House, Northamptoshire, England.

Namun ramai percaya mayatnya dipindahkan secara rahsia oleh keluarganya untuk mengelak menjadi sasaran perompak kubur.

Malah penampakan kelibat misteri di gereja St Mary dekat Great Brington, Northants menguatkan lagi dakwaan mayatnya dikebumikan di sana.

Kelibat misteri itu berjaya dirakam oleh jurugambar Gordon Carroll dan David Hadsell.

Penduduk yang tinggal dekat gereja tersebut turut mendedahkan mereka pernah ternampak entiti aneh itu.

"Ia menyeramkan, pose yang sama (melutut), baju yang sama... semuanya.

"Saya dengar kelibat aneh itu melutut dekat kubur Puteri Diana. Mungkin ‘dia’ melindunginya," kata saksi. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain