suria

Jijik! Pekerja dirakam lap bakul, troli pasar raya guna ludah

Pekerja terbabit sudah digantung tugas.

SEORANG pengunjung sebuah pasar raya terkejut selepas menyaksikan seorang pekerja membersihkan bakul membeli-belah dengan air ludahnya.

Marta Casimiro mendapati bakul di pasar raya tersebut kotor dan membuat aduan mengenai perkara itu kepada pengurusnya.

Namun Marta terkejut melihat seorang pekerja mengelap bakul tersebut menggunakan air liur yang diludahkannya di atas tuala kecil.

Malah wanita itu turut menyaksikan pekerja terbabit menggunakan tuala sama untuk membersihkan troli di pasar raya itu.

"Saya berasa jijik dengan tindakan pekerja terbabit," katanya.

Marta gagal bercakap dengan pengurus pasar raya yang terletak di Toronto, Kanada itu selepas melihat perbuatan jijik itu dan bertindak menghubunginya pada keesokan harinya.

Susulan insiden itu, pekerja terbabit sudah digantung tugas.

Marta berkata dia kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pekerja terbabit ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di seluruh negara. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ludah, lap, bakul, troli, pasar raya

Artikel Lain